Thursday, December 24, 2015

DAY 5: TE ANAU TO MILFORD SOUND (Piopiotahi) (Pt.1)

25 AUG 2015 - Te Anau - Milford Sound - Queenstown

Assalamualaikum.

Hari ni kita sambung kisah pengembaraan dari Te Anau ke Milford Sound. Yeayyyyyy.....salah satu highlight trip kami nih. Serius best! Wajib pergi. Entry ni will be soooooooo long berjela jela. loads loads loads of photos. So, bertahan la bila scroll nanti or mungkin akan ada part 2. Semangat tauu sebab tempatnya cantik gila and time ni kamera dah fully charged. Apa tunggu lagi...

Semalam dah tidur lena, nyenyak, pagi ni bangun dengan penuh bersemangat. Of course mandi dulu. Rugi la kalau tak mandi dah bayaq mahal-mahal. Ini mandi untuk dua hari akan datang sekali tau. 

Macam biasa, sarapan serba ringkas saja. Kami just singgah beli kopi sebab sangat sejuk kat situ. Pekena kopi panas, phewww....nikmatnya!

Sebelum gerak kami pergi dump dulu sisa sisa buangan sinki van and tambah air untuk kegunaan kemudian. And isi minyak..Haruslah isi minyak di Te Anau kasi full sebab sepanjang nak ke Milford Sound tak ada stesen minyak. So beringat la na..

Jom kita usha sikit kawasan sekitar holiday park Te Anau....

Pagi pagi hari....Kat situ la parking site kami. Depan dapur and toilet. Strategik sangat!

Kitchen. Malas nak ambil gambar kat dalam sebab kebetulan tengah full. Segan! Kitchennya luas dan selesa sangat.

Bilik laundry and ironing. Semalam kami dah basuh baju satu round. Sediakan syiling ok. Washing murah ja dalam NZD 2.00 tapi nak guna dryer yang mahal, NZD 4.00
Toilet. Selesa sangat sangat. Bersihhhhhh okey! Saya kagum.
Reception
Sini ada juga disediakan kabin, bilik motel untuk mereka yang tidak mengembara dengan campervan or RV.



Selesai segala urusan yang perlu, kami pun memulakan perjalanan ke Milford Sound. Alhamdulillah, cuaca baik. Agak lewat jugak kami gerak, so firasat kami nanti semasa di Milford Sound kena naik cruise tengah hari la. Actually, for info, tambang cruise Milford tak sama mengikut waktu. Semakin ke petang, makin mahal. Kepada yang nak jimat boleh catch up cruise pagi kerana lebih murah dalam NZD 55.00. Kenapa murah sebab view agak kurang memuaskan disebabkan kabus. Tengah hari akan naik jadi NZD 77.00 and petang lagi mahal. Ada banyak company yang run cruise kat sana. Ada pelbagai pakej, ada yang siap dengan buffet makanan lagi. Dah sampai nanti boleh pilih or book online which is saya dengar boleh dapat lagi murah compare walk in. Kami memang dah decide untuk walk in. Tak nak ambil risiko book dulu tapi nanti tak sempat sampai. Kami nak santai santai je.....Kalau cruise pagi, bayangkan pkul 5.00 pagi dah kena keluar  dari campsite. Bagi kami yang baru jumpa campsite ni, memang tak kuasa nak gerak begitu awal. So kami chill saja.

Perjalanan ke Milford Sound agak agak dalam 2 jam. Tapi keadaan jalan yang mencabar and pit stop yang banyak semestinya masa perjalanan akan bertambah. hehe. Serius, kami asyik terpukau ja sepanjang perjalanan tu. View cantik sangat. Subhanaallah. On the way, akan jumpa Mirror Lake. Tepi jalan ja, nanti nampak signboard, ha berhenti lah.. 

Meh nak tunjuk sikit gambaq gambaq cantik....

Singgah public toilet jap....Kalau masuk hutan, macam tu la toiletnya..Toilet mesra alam. Bezanya cuma ada mangkuk tandas and berdinding, yang lain semua jatuh terus ke lubang tanah. Paham? Ada tisu woo..Walaupun dalam hutan banat macam ni, tapi terjaga.

Mirror Lake. Tak berapa nak mirror sebab awal pagi, air bergelora sikit. Kalau nak dapat effect power, air kena tenanggggggg...


Nak jugak diaaa.....
Dah....jom sambung perjalanan. Jauh lagi ni.

Perjalanan pun diteruskan and semakin mendaki, semakin bengkang bengkok. Mengaum bunyi enjin meneran nak mendaki. hahahaha. Then, kami berhenti lagi kat satu kawasan ni. Kami tengok banyak yang berhenti. Rupanya di sini banyak burung Kea. Burung yang semakin pupus. Spesies rare ni. Jangan lepaskan peluang. Burung Kea ni jinak and dah biasa dengan orang. Tak takut pun dia tengok manusia.


Tu ada seekor, dok bertengek kat side mirror van kami.



Close up

Semakin naik ke atas, semakin banyak salji salji di tepi jalan. Ya Allah, serious teruja sangat sangat dapat tengok salji yang banyak macam ni. Putih gebuu!. Gunung, bukit ditutup salji.....Cantik sungguh! Tak terkata. Macam dalam mimpi.

Seronok, seronok jugak tapi kena berhati hati jalan licin sebab salji yang mencair. Jalan nak ke Milford Sound selalu jugak ditutup. Alhamdulillah, masa kami ke sini, jalan dibuka. Kadang tu sebab ada runtuhan, jalan terpaksa ditutup. So, before nak pergi better check dulu. Tak silap boleh check dekat Te Anau. Maybe boleh cek dgn orang kat sana kot. Tak sure pulak.



Haaaa.....nak dekat dah..

Cantik kan....?? Depan mata lagi lagi lah cantik.

Nak ke Milford Sound, kita akan lalu satu terowong one lane sahaja. Kat New Zealand, hampir ke semua bridge yang kami lalu ialah one lane. So, make sure berhati hati and ikut peraturan papan tanda kenderaan arah mana yang diberi priority untuk lalu dahulu. Tapi yang Milford Sound ni bukan bridge tapi terowong ye. Dah la gelap, pastu jalan tak berturap. Pendek kata, dia korek and biar macam tu je. Sebelum masuk terowong ada traffic light. Ikut turn ok! Hijau baru jalan.
Tengah queue nak masuk tunnel.
Ice ice!
Arghhh......SNOWWW!

Nampak gaya tak dapat nak habiskan sampai ke Milford Sound. Terpaksa mengundurkan diri. Insyaallah, saya akan sambung secepat mungkin yea. 

Jumpa lagi di entry seterusnya. 

Lots of love.

Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.

 BOOK HERE

NEXT POST CLICK HERE

No comments:

Post a Comment

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...